Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nah] | ڤانه

Definisi : 1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg di­lancarkan dgn ibu panah, anak busur; ~ kelodan sl petir; ~ matahari cahaya (sinar) matahari; berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~; 2. menggunakan panah: kami ada lawan ~; berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran): maka segala yg memegang panah ~; memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; memanahi melepaskan anak panah berkali­kali kpd; memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. me­lancarkan sesuatu spt anak panah; panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pan­dangan (mata) yg seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh; pemanah orang yg memanah; sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nah] | ڤانه

Definisi : senjata yg terdiri drpd benda melengkung yg diberi bertali (busur) serta benda tajam spt seligi. anak ~ benda tajam yg dilepaskan drpd busur. ibu ~ benda yg dilengkungkan serta diberi bertali utk melepaskan anak panah; busur. memanah 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. memanahkan melepaskan sesuatu dr busur: Ia pun ~ anak panah sakti itu ke arah musuh-musuhnya. panahan hal memanah; hasil drpd memanah: ~nya tepat mengenai sasaran. pemanah orang yg memanah. sepemanah sejauh jarak yg diliputi anak panah yg dilepaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panah

Puisi
 

Tetak buluh buat panah,
     Hendak panah kuda berlari;
Minta laut jadikan tanah,
     Senang abang berulang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Panah Bumi Satria KencanaSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 April 2007
Panah UjianA. Hamid JemainURTV1 October 2006
Panah Yang PatahSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 October 2003
Meraut PanahSriwidodo, RayaniHorison1 April 1998
Mata PanahDarma MohammadDewan Sastera1 April 2003
Mata PanahDarma MohammadDewan Masyarakat1 February 2004
Anak Panah Siamhnya nasionalisme MelayuAbdul AhmadDewan Siswa1 September 1983
IbuPanah BeracunAl Islam1 March 1997
Karbala: Kisah Panah Tertusuk di DadaMat Rodzi HussinAl Islam1 February 1995
Makyung Anak Raja Panah cuit hati penontonNasirazaliDewan Budaya1 June 2007
12

Kembali ke atas