Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput; memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi; panjatan 1. tempat utk memanjat, 2. perihal memanjat, pendakian; pemanjat (orang dll) yg memanjat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. memanjati memanjat pd (bkn tumbuh-tumbuhan dsb): Pokok kacang panjang ~ pancang. memanjatkan 1 menaikkan sesuatu pd; membuat supaya memanjat. 2 membaca doa memohon kpd Tuhan: ~ doa agar anak-anaknya berjaya dlm hidup. panjatan 1 tempat memanjat. 2 pergerakan badan ketika memanjat. pemanjat orang yg memanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Panjat Tangga DuniaNor Hasnida Ab. GaniDewan Siswa1 August 1998
Kolej Panjat Pokok KelapaMohd Taib OsmanDewan Budaya1 May 2000

Kembali ke atas