Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pasti MengertiSaleha AhmadSeri Dewi dan Keluarga1 March 2003
PastiNuraishaRemaja1 December 1994
Pasti AdaNurimDewan Sastra15 May 1972
Pasti Sudah MulaiMarsli N. ONona1 September 1989
'Badai Pasti Berlalu' kurang menyengatAiza Akma RamlanMedia Hiburan26 May 2007
'Badai Pasti Berlalu' kupas cinta tiga segiTiadaMedia Hiburan24 March 2007
Yang pasti, bukan hanya emak untuk ibuLim Swee TinDewan Bahasa1 February 2007
Mengenal pasti punca dan ciri kelemahan diriNor Aziah AhmadPelita Bahasa1 February 2007
Yang PastiW. Norazizah Abdul RahmanKeluarga Harmoni15 March 2009
Yang PastiNoraini LajisDewan Siswa1 November 2006
123456

Kembali ke atas