Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Peka dengan Perkembangan Bahasa MelayuEda A. WahabPelita Bahasa1 January 2000
Peka kepada penyelidikanAmir TanDewan Ekonomi1 February 1995
Peka terhadap kehendak pelangganRose Adeeba JamalDewan Ekonomi1 February 1996
Pengemis PekaS. Baharil BaseriTunas Cipta1 January 2004
Pengiklan tidak peka hati terlukaMunira LatipDewan Bahasa1 October 2008
Sistem keselamatan peka pada sentuhanTiadaDewan Masyarakat15 March 1982
Pengguna yang harus pekaEsa Abd. SamadDewan Masyarakat1 June 1994
Orang Melayu tidak Peka akan Tulisan JawiMatlobPelita Bahasa1 November 2003
Adegan, Bestari, Debat, PekaAzhar SallehPelita Bahasa1 November 2003
Penyair remaja yang pekaAhmad RazaliDewan Siswa1 May 1985
12

Kembali ke atas