Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lo.por] | ڤلوڤور

Definisi : 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, peng­anjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian; mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; kepeloporan perihal (kebolehan, keupaya­an) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lo.por] | ڤلوڤور

Definisi : 1 orang yg berjalan di hadapan sekali dlm sesuatu perarakan; orang yg berjalan dahulu utk melihat-lihat. 2 orang yg mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas: Mereka merupakan ~ bagi perkembangan dan kemajuan polis wanita kita. 3 pasukan yg bergerak dahulu sekali dlm sesuatu pertempuran dll; perintis: Pemuda ~ negara. mempelopori 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelopor (kata nama)
Bersinonim dengan perintis, peneroka, pembuka jalan, pemula, pendahulu, penganjur, penggerak, pelancar, pengasas;,
Kata Terbitan : mempelopori,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pelopor Puisi Melayu ModenAbdul Razak Mohd. KassimDewan Sastera1 March 2000
Pelopor sistem gadaian IslamChe Mohd. Yusri Che HashimDewan Ekonomi1 July 1995
Pelopor semikonduktor bumiputeraTajulddin MuhammadDewan Ekonomi1 September 1996
Yusuf pelopor gerak strategiAhmad Suhaimi AbdullahDewan Kosmik1 August 2008
Google: pelopor industri mayaJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 April 2008
Siapa pelopor amanah saham bumiputera ?TiadaDewan Masyarakat1 August 1997
Idrus pelopor pencemooh Indonesia modernSarjono, Agus RHorison (Sisipan)1 September 1997
Pungguk: pelopor puisi Melayu modenBurhanuddin al-RawiKarya1 February 1998
Seorang Pelopor Sebuah AngkatanRatmana, S. NHorison1 October 1971
Wolfgang Iser pelopor teori berdasarkan pembacaWan A. RafarDewan Sastera1 June 2007
123

Kembali ke atas