Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.ka] | ڤمبوک

Definisi : 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.ka] | ڤمبوک

Definisi : 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuka

Puisi
 

Sudah ada kereta api,
     Pergi ke Kapar membeli benang;
Sudah dapat pembuka hati,
     Perut yang lapar menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pembuka bicara: mengapa menulis?Awang SariyanPelita Bahasa1 July 1989
Pembuka surat automatikTiadaDewan Siswa1 March 1985
Sunsungan Pembuka Bicara PengantinAdib ImranDewan Budaya1 May 2002
Pewangi pembuka seleraTiadaDewan Kosmik1 January 1998
Anjung apresiasi pembuka tirai kegiatan sastera DBP Cawangan SabahMohd Almiey Mohd AliWadah1 March 2006
Sirih Pinang Pembuka BicaraJeniri AmirDewan Budaya1 August 2005
Guru sebagai pembuka pintu ajaib seniA. Samad SaidDewan Sastera1 September 2004
Al-Muthanna bin Harithah pembuka jalan pengislaman empayar ParsiMuhd. Zulkifli IsmailDewan Budaya1 February 1997
Syed Sheikh Al-Hadi: pembuka zaman baru dalam bidang novelYahaya IsmailDewan Bahasa1 November 1974
Anugerah S. E. A Write: "kunci pembuka penjara sukma"Jihaty AbadiDewan Sastera1 October 1991

Kembali ke atas