Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar, pemohon, pelamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : ubat utk menawar racun dll; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), dedarum, pisang-pisang, Goniothalamus giganteus; ~ jambi sj tum­buhan (paku), bulu empusi (pusi), Cibotium barometz; ~ lipan sj tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, Pedilanthus tithymaloides; ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), limau-limau, melimau, Gelonium glomerulatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Banyaklah banyak gelang di pasir,
     Minyak penawar di dalam cangkir;
Anak siapa berjanji mungkir,
     Anak Islam menjadi kafir.


Lihat selanjutnya...(20)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Penawar Masalah KemanusiaanRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 August 2002
Penawar MenopausDr. Siti Balkis BudinDewan Budaya1 June 2001
Penawar KasihNurrasyyiMingguan Wanita13 October 2006
Penawar Untuk SaraSuria MatildaJelita1 November 2002
Penawar karang batuAbd Nasir Mohd RazaliDewan Masyarakat1 August 1988
Penawar Ajaib di industri perfilemanYeoh Seng HuatDewan Budaya1 November 1994
Penawar Di Musim Kemarau IniNorsuhaila HashimDewan Siswa1 September 1990
Penawar Hati Penguat AzamKhadijah HashimDewan Siswa1 August 1985
Penawar kanserTiadaDewan Siswa1 November 1995
PenawarZaharah NawawiJelita1 October 1996
1234

Kembali ke atas