[pen.de.da.han] | ڤنددهن
Definisi : 1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pen.de.da.han] | ڤنددهن
Definisi : 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)