Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia; berpengaruh mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; mempengaruhi berpengaruh atas, meng­gunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; pengaruh-mempengaruhi saling mempe­ngaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : (Fiz) induktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ruh] | ڤڠاروه

Definisi : 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pengaruh sintaksis dan morfologi Bahasa Inggeris dalam sintaksis dan morfologi Bahasa MelayuAsmiah AjamainWadah1 September 1995
Pengaruh Sikap dalam Pemelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar MelayuMohd. Yusoff Mat AliDewan Bahasa3 March 2000
Pengaruh Castro terus subur di CubaMuhammad Haffy ZikryDewan Masyarakat1 October 2006
Pengaruh negatif budaya luar di MalaysiaShahril RizalDewan Masyarakat1 October 2006
Pengaruh, Cuplik, dan CiplakOthman PutehDewan Sastera1 October 2001
Pengaruh bahasa sukuan dalam bahasa MelayuHazimah YusofPelita Bahasa1 June 2008
Pengaruh Blog Pada PRU ke-12 Apa Kata MerekaTiadaDewan Masyarakat1 May 2008
Pengaruh PersepsiMohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat1 February 2008
Pengaruh bahasa sukuan dalam bahasa MelayuHazimah YusofPelita Bahasa1 January 2008
Pengaruh bahasa penakluk di Semenanjung Iberia : hubungan bahasa Arab dengan bahasa SepanyolIsmail SalehDewan Bahasa1 November 2007
12345678910...

Kembali ke atas