Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pengeluar bunyiTiadaDewan Siswa1 December 1992
Idealisme filem dan drama tempatan: peranan pengeluar dan penontonAzmi AzizAl Islam1 May 2005

Kembali ke atas