[peng.ha.bi.san] | ڤڠهابيسن
Definisi : 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terkemudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[peng.ha.bi.san] | ڤڠهابيسن
Definisi : 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)