Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن

Definisi : 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan (dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll); 3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan, penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن

Definisi : 1 bahagian bukit, jalan dll yg menurun; lw pendakian. 2 hal (perbuatan dsb) turun, menuruni atau menurunkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Penurunan kadar tarif tenaga elektrikSaharun IbrahimDewan Masyarakat1 August 1994
Penurunan kata benda dalam bahasa IndonesiaDardjowidjojo, SoenjonoDewan Bahasa1 April 1982
AmBank, Bank Islam umum penurunan BLR dan BFRJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 April 2009

Kembali ke atas