Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.tauan] | ڤرنتاوان

Definisi : 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.tauan] | ڤرنتاوان

Definisi : 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Peribahasa

261

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perantauan SementaraAnwar RidhwanDewan Sastera1 June 1986
PerantauanZainal Abidin DaudVariasari1 August 1989
Di Perantauan TakdirMarzuki AliDewan Sastera1 February 1998
Di Perantauan Menjelang Musim DinginBaha ZainKarya1 November 1997
Orbit PerantauanBaharin RamlyDewan Sastera1 March 1990
Hidup di PerantauanRasidah MusahBAHANA1 February 2008
Syawal Di PerantauanNllAl Islam1 February 1997
Aku di PerantauanDahalan AliKarya1 April 1998
Keperibadian dan perantauan penyair intelek Muhammad Haji SallehMohamad Mokhtar Abu HassanJurnal Pengajian Melayu1 January 1991
Rintihan Anak Perantauan IOni Suhendry Abu SalimVariapop15 August 1995
12

Kembali ke atas