Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.ba.an] | ڤرچوباءن

Definisi : 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ba.an] | ڤرچوباءن

Definisi : 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percubaan

Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Percubaan Mengasah BakatAzrina Md. ZainTunas Cipta1 July 2003
Percubaan untuk membunuh Hang TuahRahim SyamAktual1 January 1901
Percubaan PertamaRahman Haji YusufDewan Sastra15 June 1973
Percubaan menerapkan unsur psikologiOthman PutehDewan Siswa1 January 1990
Percubaan baru dalam sastra Indonesia: puisi Sutardji Calzoum dancerita pendek DanartoAveling, HarryDewan Sastra15 October 1973
Percubaan menggunakan tabung uji bagi mengesan pencemaranN. C. JainDewan Kosmik1 February 1996
Sebagai percubaan 'Seruan Roh' berjaya... bahasa yang berbentukasonansi memikatA. HDewan Sastra15 December 1973
SUA: percubaan yang menarikAjikikDewan Siswa1 March 1985
Lambang dan percubaan dalam cerpenMawar ShafeiDewan Siswa1 October 2007
Di Pentas Teater PercubaanZainal Abidin BakarDewan Sastera1 January 1991
12

Kembali ke atas