Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budak-budak yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3. diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran: pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi makan ~; ®cuma I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1 tidak ada gunanya atau tidak ada faedahnya sama sekali; sia-sia: Kita tidak harus membuang masa dgn ~. 2 tidak dikenakan apa-apa bayaran; tidak perlu membayar atau dibayar: Saya ada tiket ~ utk menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percuma (adverba)
1. Bersinonim dengan sia-sia: tidak berguna, tidak berfaedah, tidak bermanfaat, tidak berhasil,
Berantonim dengan berguna

2. Bersinonim dengan tanpa bayaran: gratis, peri, perdeo, prodeo,
Berantonim dengan berbayar.


Peribahasa

Pinjam kayu ara.

Bermaksud :

Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Percuma Saja Kau Mematikan Langkah HujanImlan AdabiDewan Sastera1 September 2007
Mengembara percuma digemari pelajarMohamad BahadonDewan Siswa1 May 1979
Air Asia tawar tiket percumaJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 April 2009
Jalan lain ke percetakan nasihat percumaTiadaDewan Sastera15 February 1978
Akta Pendidikan 1961... memberi pendidikan percumaAbdul Ghani AwangDewan Masyarakat1 July 1995

Kembali ke atas