Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keada­an kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana cara­nya (halnya); ~ yg layak bagi manusia per­buatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengata­kan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, tercerita­kan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sj jin (menyerupai perempuan yg can­tik): kami bukannya drpd bangsa jin dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~, datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : ; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : jin yg dpt merupakan dirinya spt perempuan yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peri

Peribahasa

Bagai ayam mengarang telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Peri pentingnya dasar bahasa untuk pembinaan bangsaAida AhmadPelita Bahasa1 July 1999
Peri RasaTuah BermaBahana1 March 1995
Peri pentingnya bahasa kedua dan bahasa ibundaMohamad ShahidanPelita Bahasa1 November 1995
Peri pentingnya bahasa dalam kehidupanSharif ShaaryPelita Bahasa1 August 1996
Sang PeriNazri Ahmad JabarDewan Pelajar1 November 1975
Daripada editor peri perlunya kita kepada bahasa dan identitisendiri....AdnanPelita Bahasa1 June 1991
Puncak Bukit PeriHarman Sham Ab. RahimDewan Siswa1 January 1988
Peribahasa atau bahasa peri?Iskandar MericanPelita Bahasa1 August 1989
Kemungkinan - kemungkinan penggunaan kata "peri"Awang Had SallehPelita Bahasa1 November 1992
Tam Lin Dan Ratu PeriYulis Haji AlwiDewan Siswa1 December 1983

Kembali ke atas