Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Peribadi TinggiAhmad SarjuDewan Sastera1 October 2005
PeribadiNorsiah M. SBahana1 April 1980
Peribadi dan keperibadian manusiaAbu Hassan DinDewan Siswa1 June 1987
Peribadi ItuRahman ShaariDewan Sastera1 May 1986
PeribadiNorsiah M. SBahana1 April 1980
Peribadi pemimpin menurut karya agungS. Othman KelantanDewan Sastera1 May 1996
Peribadi Ramadhan Ini...Mohd. Rozlan Mohamed NoorVariapop1 April 1996
Di Negeri PeribadiMarsli N. OPeribadi1 January 1994
Pohon PeribadiSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 July 2001
Pantun Peribadi UnggulMustafa Haji SirajDewan Siswa1 April 2009
12345678910

Kembali ke atas