Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang yg digali di tanah utk mendapatkan air; telaga: ~ buta perigi yg tidak berair lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perigi (kata nama)
Bersinonim dengan sumur, telaga, luak.,

Puisi
 

Gali perigi di tengah padang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Ingat saya umur panjang,
     Bulan depan ke mari lagi.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
     kalau tak putus genting.

Bermaksud :

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perigi MuslimMohd Kasim MahmudDewan Sastera1 March 1997
Perigi Batu Pahat: namanya kekal abadiSalleh HamzahDewan Siswa1 April 1979
Perigi Raja: mencatat hubungan Melaka-CinaAjikikDewan Siswa1 November 1979
PerigiMarzuki AliNona (Nona Manis)1 December 1990
Nyiur, Perigi & Daun PisangWikunila MSWanita1 June 2008
Bertapa di perigi butaAbd. Halim NasirDewan Siswa1 December 1983
Seorang Sufi yang Menangis di Tepi PerigiRamli Abdul RahimDewan Sastera1 July 2002

Kembali ke atas