[per.ta.ru.ngan] | ڤرتاروڠن
Definisi : 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.ta.ru.ngan] | ڤرتاروڠن
Definisi : 1 pertandingan dlm sukan dll; peraduan; perlawanan. 2 perbuatan atau hal bertarung; perkelahian; pergaduhan; pertempuran: Satu ~ yg mengerikan telah berlaku antara kedua-duanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)