Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wi.ra] | ڤرويرا

Definisi : 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pah­lawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghu­bungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wi.ra] | ڤرويرا

Definisi : 1 gagah lagi berani: orang yg ~. 2 orang yg gagah berani; pahlawan: Hang Tuah merupakan ~ Melayu yg terulung. keperwiraan sifat-sifat perwira; kepahlawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perwira
Rujuk :pahlawan


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perwira Harapan BangsaJamaluddin MohamedDewan Siswa1 March 1990
Perwira Berhati BatuYulis Haji AlwiDewan Siswa1 January 1984
Azam Perwira NegaraSiti Aminah MatIbu1 May 2007
Ristaan PerwiraSurraqBAHANA1 May 2008
Azam Perwira NegaraSiti Aminah MatIbu1 May 2007
Waris Perwira SejatiDavid BululokDewan Budaya1 March 2005
Semangat PerwiraNezam Md. DerusDewan Siswa1 March 1990
Hadiah PerwiraL. Mankadir ShamsiDewan Siswa1 October 1979
Resah Perwira Menjelang SyawalLT Mustafa DollahFamili15 May 1987
Pegawai dan perwiraUmar JunusDewan Bahasa1 June 1968
12

Kembali ke atas