Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : ®sawat II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; alat yg menggerakkan jentera; sawat. 2 = ~ terbang (udara) kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesawat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pesawat penumpang terbesar di duniaMohd Shukri Mohd AriffDewan Masyarakat1 March 2005
Pesawat dwikebolehanN. Z. AbidinDewan Siswa1 August 1989
Pesawat abad ke-21N. Z. AbidinDewan Siswa1 January 1987
Pesawat berbentuk haiwanN. Z. AbidinDewan Siswa1 January 1987
Pesawat mainan?N. Z. AbidinDewan Siswa1 January 1987
Pesawat MAS terhempasTiadaDewan Siswa1 November 1995
Nahas PesawatTiadaDewan Masyarakat1 March 2009
Dalam PesawatAdi MisereBAHANA1 October 2008
Nahas pesawat TUDMTiadaDewan Siswa1 November 1995
Kemunculan pesawat tempur ringanN. C. JainDewan Kosmik1 January 1996
12

Kembali ke atas