Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn mem­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perin­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : ; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2. pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu siang sesudah tengah hari hingga matahari terbenam (antara pukul 2.00 hingga pukul 6.59 petang); sore. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Petang-Petang BeginiMargasatyaWanita1 September 1979
Malam Jumaat,Jumaat malaam; Khamis petang ,petang KhamisUmar JunusPelita Bahasa1 July 1992
Petang Condong: landasan pemikiran dan gagasan T. Alias TaibRajiee HadiDewan Sastera1 January 1998
PetangPudzailDewan Sastera1 June 2004
Petang ItuZahari HasibSarina1 March 1977
Petang BerkabungSuhaimi Hj. MuhammadDewan Sastra15 January 1976
Petang minggu bersama famili Profesor Abu Bakar Abd. HamidIshak MohamadFamili1 November 1987
Petang Ini Aku BerpesanTerimasUmmi1 March 1995
PetangZaharah NawawiJelita1 May 1995
Petang Pun BerlaluRamadhan A. MFamili1 February 1986
1234567

Kembali ke atas