Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat, petunjuk, atau panduan yg ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti; berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dian­jurkan, dinasihatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya, ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petua

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

87

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Yang tajam tumpul, yang bisa tawar

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, yang tajam tumpul, yang bisa tawar.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Petua menjadi usahawan [ulasan buku "Langkah Bijak Usahawan Terbilang" karya Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria]Suhaila Abdul RahmanDewan Ekonomi1 July 2008
Petua kejayaanSalbiah SallehPelita Bahasa1 March 2008
Petua cemerlang dalam penulisan karanganAzizul Rahman Abdul RahmanDewan Siswa1 January 2007
Petua Perkahwinan (Bahagian Akhir)Rahman ShaariDewan Sastera1 November 2006
Petua dan MotivasiOthman PutehPelita Bahasa1 January 2002
Petua menangani masalahJalaludin Abd. AzizPelita Bahasa1 November 2006
Petua memahami kata tugas dalam soalan peperiksaanAbdullah YusoffPelita Bahasa1 October 2006
Petua menjawab soalan rumusan STPMNawi IsmailPelita Bahasa1 October 2006
Petua menulis perenggan karanganGhazali LatehPelita Bahasa1 September 2006
Petua untuk skor Kertas 2 bahasa Melayu STPMNawi IsmailPelita Bahasa1 July 2006
12345

Kembali ke atas