[pia.tu] | ڤياتو
Definisi : 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pia.tu] | ڤياتو
Definisi : 1 = yatim ~ ibu dan bapanya sudah meninggal: anak ~ anak yg telah kematian ibu dan bapanya. 2 tidak mempunyai saudara-mara; dagang ~ orang dagang yg tidak bersaudara-mara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)