Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : 1. merah menyala kerana terbakar (logam); 2. pecahan logam yg menyala; besi ~ besi yg merah menyala waktu ditempa; lampu ~ lampu elektrik yg berisi dawai menyala; mangkuk ~ bekas yg digunakan utk membakar logam; 3. berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yg sudah ditumbuk); 4. panas betul (minyak): lumuri daging dgn rempah dan goreng dlm minyak yg telah ~; berpijar-pijar berapi-api spt pijar; memijar 1. membakar (logam) sehingga lembut; 2. ki mengeluarkan bahang (kepanas­an): di ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yg tak lagi ~; memijarkan membakar besi (logam) utk menjadikan pijar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : sj damar utk menghan­curkan pateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jar] | ڤيجر

Definisi : 1 merah menyala warnanya kerana terbakar (bkn logam). 2 pecahan logam yg menyala: besi ~ besi yg merah menyala dan berpecah-pecah ketika ditempa. 3 panas betul (bkn minyak dll): Goreng daging itu dlm minyak yg telah ~. berpijar-pijar berapi-api spt pijar: Ekor kelip-kelip spt ~ pd waktu malam. memijar menjadi pijar. memijarkan 1 membakar (logam dsb) sehingga pijar. 2 memanaskan (minyak) hingga pijar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pijar


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pijar Kilau KerisHasyuda AbadiDewan Sastera1 January 1993
Angin PijarS. M. NoorDewan Sastera1 May 1995
Semalam yang PijarTinta BiruRemaja1 December 1997

Kembali ke atas