[pi.pih] | ڤيڤيه
Definisi : 1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling dll); 2. kemik, pesek (hidung); memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata; memipihkan menjadikan pipih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.pih] | ڤيڤيه
Definisi : 1 rata serta tipis; leper: bulat ~ bulat serta pipih bentuknya spt bentuk duit syiling. 2 tidak mancung (bkn hidung); pesek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)