Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.tik] | ڤوليتيک

Definisi : 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.tik] | ڤوليتيک

Definisi : 1, = ilmu ~ ilmu ttg cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah: Sewaktu masih bersekolah lagi, dia gemar sekali membaca buku-buku ~. 2 segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain: parti ~. 3 kegiatan yg bertujuan utk menaikkan status seseorang atau utk menambah kuasa seseorang dlm sesuatu organisasi dsb berbanding dgn yg berdasarkan prinsip yg benar. ~ wang kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. berpolitik mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ruang Politik, Politik RuangShamsul Amri BaharuddinDewan Budaya1 March 2001
Istilah sains politik : politik perbandinganTiadaPelita Bahasa1 December 2008
Istilah sains politik: politik perbandingan-Pelita Bahasa1 October 2008
Politik Pahang & politik bolasepakAdam A. KadirDewan Masyarakat15 August 1978
Hantu politik dalam politik hantuMohamad Daud MohamadDewan Sastera1 October 2008
Lagu politik dan politik lagu mutakhirShamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 November 1988
Kebudayaan politik dan politik kebudayaan di IndonesiaAlfianDewan Masyarakat15 May 1980
Daripada Ketua Editor: Bahasa Politik dan Politik BahasaZulkifli SallehDewan Bahasa1 September 2002
Politik wang: barah politikMohd. Zaid IbrahimDewan Masyarakat1 July 1994
Politik Bahasa dan Bahasa PolitikAbdul Ghani OthmanDewan Bahasa1 June 2000
12345678910...

Kembali ke atas