Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Empat buah sajak-Main Pondok-PondokAhmad TaibDewan Pelajar1 April 1976
Pondok usangRafizahjar Abd RakupWadah1 September 1995
Pondok Berdikari di Kuala Tutong (11)Mohammad RajapBAHANA1 June 2008
Pondok CintaRahmaniah Haji KantanNur1 February 2006
Pondok dan sinonimnyaLatifah OthmanPelita Bahasa1 April 1993
Pondok Di Tepi SungaiFarah WahidahDewan Siswa1 April 1986
"Pondok Di Tepi Sungai": penyataan alam dan watakSahlan Mohd. SamanDewan Siswa1 April 1986
Pondok Buruk di Kampung MaxwellNina MariaURTV15 September 1976
Pondok KecilPuashaBahana1 September 1995
Antara pondok dengan fondokAbdul Jalil Haji AnuarDewan Bahasa1 February 2007
123

Kembali ke atas