Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pri.ha.tin] | ڤريهاتين

Definisi : 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw ber­dukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat se­suatu yg dicita-citakan; memprihatinkan 1. menimbulkan rasa meng­ambil berat, memberi perhatian; 2. menim­bulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang; keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prihatin


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Prihatin terhadap aurat wanitaAbu Hasan Din Al-HafizDewan Siswa1 October 2007
Prihatin kepada konsep perkongsian bijakFadzlina AmranDewan Ekonomi1 September 1996
Kembali prihatin sesama jiranPadilah Haji AliDewan Budaya1 February 2008
Masyarakat prihatinTiadaBerita Jiwa1 September 2002
Tentang prihatin dan kritisnya masyarakat kitaAdnan Abd MajidPelita Bahasa1 November 1990
Kerajaan prihatin pendidikan orang asliTiadaDewan Siswa1 June 1998
Sifat prihatin membuahkan hasilAfiq NuradliDewan Ekonomi1 July 1995
Kita Yang PrihatinNazliffa MarsamDewan Siswa1 September 1997
Kerajaan tetap prihatinNur Arina Mohd. ArifDewan Ekonomi1 May 1998
Tunakerna: adakah kita prihatin?Zamil NadzriDewan Bahasa1 May 2008
123

Kembali ke atas