Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.gram] | ڤروݢرم

Definisi : 1. rancangan yg menentukan dasar­dasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya mem­proses atau mengendalikan data secara ter­tentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. me­masukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.gram] | ڤروݢرم

Definisi : 1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (majlis rasmi dll). 3 arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkan data diproses atau dikendalikan oleh komputer; atur cara. memprogramkan 1 mengatur atau menyusun rancangan, aktiviti dsb mengikut program: Semua aktiviti dlm kursus itu telah diprogramkan. 2 memasukkan program atau atur cara ke dlm komputer supaya sesuatu tugas dpt dijalankan mengikut arahan. pemprograman proses atau hal memprogramkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
program (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan rancangan, pelan, rencana, projek, skim, agenda, acara.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Program Penerbitan Buku Teks (KBSM) Bahasa IbanEdith Sulie BidasJendela Sarawak1 December 2007
Program realiti TVNik Safiah Karim, Prof. Emeritus Datuk Dr.,Perempuan1 June 2007
Program Pembinaan Penulis/Pemupukan Bakat sastera Dewan Bahasa dan Pustaka [ iklan ]TiadaDewan Sastera1 April 2007
Program Penulis MASTERA: NovelMuhammad JarukiDewan Sastera1 January 2002
Program Penghayatan Sastera dan Budaya PLKNFelicia FhengTunas Cipta1 July 2006
Program Menjelajah MindaYiengTunas Cipta1 July 2006
Program penulisan Mastera : novelErlis Nur Mujiningsih, M. HumDewan Sastera1 January 2007
Program Penulis Mastera: DramaB. TrismanDewan Sastera1 December 2000
Program Pertukaran Pakar Sastera/Sasterawan MasteraKhatijah IsmailDewan Sastera1 December 2002
Program Televisyen Realiti Membentuk Perjuangan KeseronokanAsharil Suhardi AbdullahDewan Budaya1 September 2005
12345678910...

Kembali ke atas