Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua/] | ڤواق

Definisi : 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua/] | ڤواق

Definisi : kumpulan orang yg mempunyai sifat (fahaman dll) yg sama; golongan; kaum: Di Sarawak, terdapat beberapa ~ yg berbeza cara hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puak (kata nama)
1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok, etnik,

2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,

Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kolambo Anak Puak IfugaoZaimah Zainal AbidinDewan Pelajar1 December 1973
Alaungpaya Anak Puak MokenZaimah Zainal AbidinDewan Pelajar1 November 1973
Thilawuntha Anak Puak KarenZaimah Zainal AbidinDewan Pelajar1 August 1973
Jangan berpuak-puakSulaiman MasriDewan Masyarakat15 June 1979
Hsuan T'ung Anak Puak Linguan-YaoZaimah Zainal AbidinDewan Pelajar1 September 1973
Pengedar dadah, samseng dan puak pemisah siapa 'Tok Dalang' selatan Thai sebenarnya?Hafiz HamzahAl Islam1 January 2005
Folklor Lisan: Menjejaki Cerita Rakyat Puak Melayu Kedayan Legenda Liau Ahad dan Liau HitamMaslin Haji JukinBAHANA1 December 2007
Folklor Lisan: Menjejaki Cerita Rakyat Puak Melayu Kedayan "Bukit Tagiok"Maslin Haji JukinBAHANA1 December 2008
Folklor Lisan: Menjejaki Cerita Rakyat Puak Kedayan "Puteri Tabur Bintang"Maslin Haji JukinBAHANA1 October 2008
Pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa ibunda puak Cina peranakan diKelantanTeo Kok SeongJurnal Dewan Bahasa1 January 1992

Kembali ke atas