Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puan] | ڤوان

Definisi : sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekua­saan raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penya­kit yg khusus dihidapi orang perempuan ter­utama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : ; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : bekas sirih yg dibuat drpd emas atau perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1 kep drpd perempuan: Toh ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Tun; Tok ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Datuk (terutama di Pahang). 2 = cik ~ panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Puan Aoi: antara mimpi dan realitiZakaria AriffinDewan Budaya1 August 1981
Puan Azah Aziz: mencintai budaya, berjiwa sosialJuariyah Abd. LatifDewan Siswa1 February 1981
Puan Sri Fatimah Hamid Don 'membaca makanan hidupnya'Shaidatul Aini ShaariPerempuan1 November 1994
Puan AoiMashima, YukioDewan Sastra15 April 1973
Puan Azah Aziz ingin jadi sekreteriTiadaPerempuan1 January 1990
Puan Bennet Melawat AnaknyaAusten, JaneWanita1 October 1977
Puan, Inilah PermintaanMohd. Ismail SarbiniJelita1 November 1989
Puan BlackA. Rahman Hj. EmbongDewan Bahasa1 August 1968
Anak PuanKamaruddin M. SaidDewan Sastera1 November 1988
Catitan puanKelana PutraHiboran26 November 1949
12

Kembali ke atas