Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Is­lam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : sj ibadat yg dilakukan dgn menahan diri drpd memasukkan sesuatu ke dlm rongga yg terbuka (spt makan, minum) antara waktu terbit fajar sehingga waktu masuk matahari. ~ fardu puasa yg diwajibkan; puasa dlm bulan Ramadan. bulan ~ bulan yg kesembilan dlm tahun Islam; bulan Ramadan. berpuasa melakukan ibadat puasa: Anak-anak hendaklah dididik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puasa

Puisi
 

Bulan puasa pergi ke pasar,
     Dua tiga membeli gelama;
Menanti masa hamba tak gusar,
     Setahun dua tidaklah lama.


Lihat selanjutnya...(27)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Puasa dan mentalDanial Zainal AbidinDewan Kosmik1 September 2008
Puasa dan kesihatanDanial Zainal AbidinDewan Kosmik1 September 2008
Puasa meransang metabolisme badanDanial Zainal AbidinDewan Kosmik1 September 2008
Puasa dan penyakit kardiovaskularAbd. Razak Abu BakarDewan Kosmik1 September 2008
Puasa membentuk sifat takwaAhmad Baei JaafarDewan Masyarakat1 January 1998
Puasa ritual tiada nilai meskipun mampu berlaparLokman IsmailDewan Agama & Falsafah10 January 2003
Puasa tidak unsur riakAbu Hassan Din Al HafizDewab Siswa1 March 1993
Puasa bulan RamadhanHassan Haji MuhammadDewan Masyarakat15 January 1964
Puasa Ramadhan "...supaya kamu bertakwa..."Ali MunawarDewan Masyarakat15 November 1969
Puasa dan hari raya dalam tahun Masehi: 1965Ahmad DaudDewan Masyarakat15 December 1964
1234

Kembali ke atas