Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyo­kong atau cenderung kpd) perubahan-per­ubah­an dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempe­ngaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mem­punyai elektron luar yg tidak ber­pasang­an, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatu­an sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalaman­nya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.di.kal] | راديکل

Definisi : ist kumpulan atom spt (NH4)+ dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ekstrem, pelampau, revolusioner, subservif;,
Kata Terbitan : keradikalan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Radikal Bebas Dan PenawarnyaDr. Siti Balkis BudinDewan Budaya1 October 2001
Tiada langkah radikal: pertumbuhan ekonomi negara menurunZahrah ZulkiflyDewan Ekonomi1 June 1998
Fonologi KV radikal: teori dan aplikasiArbak OthmanMonograf Bahasa,Sastera dan Budaya Melayu1 May 2001
Pembawa Pembaharuan yang RadikalT. Alias TaibDewan Sastera1 April 2002

Kembali ke atas