Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu men­ceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hu­bungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak di­ketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urus­an pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (mem­beri­tahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pen­diam dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.sia] | رهسيا

Definisi : 1 sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai): mencari ~. 2 sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: pintu ~; surat ~. 3 secara tidak diketahui orang; secara diam-diam: Mereka telah mengadakan rundingan ~ di luar negara. berahsia 1 mempunyai rahsia; menaruh rahsia: bilik ~. 2 menyimpan rahsia: Aku tidak pernah ~ dgnmu. 3 mengatakan sesuatu rahsia kpd: Tak usahlah kamu ~ kpdnya kerana dia tidak dpt dipercayai. merahsiakan tidak diberitahukan; menyimpan atau menyembunyikan sesuatu sbg rahsia: Mereka masih ~ hasil rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahsia (adjektif)
1. Bersinonim dengan sulit: asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok,

2. Bersinonim dengan senyap-senyap: diam-diam, gelap, haram,

Kata Terbitan : merahsiakan,

Puisi
 

Kain ini kain sutera,
     Kalau mandi tolong sidaikan;
Rahsia ini kita berdua,
     Orang lain dibilang jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berlindung di balik telunjuk.

Bermaksud :

Rahsia yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(37)

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rahsia-rahsia teaterAnuar Nor AraiDewan Sastera1 February 1988
Rahsia-rahsia teaterAnuar Nor AraiDewan Sastera1 March 1988
Rahsia-rahsia teaterAnuar Nor AraiDewan Sastera1 April 1988
Rahsia-rahsia ajiyesmotoPak SakoMastika1 March 1984
RahsiaJaafar Muhammad Gan PayasanWadah1 December 1991
Rahsia senyuman Mona LisaHassan AliasDewan Siswa1 April 2007
Rahsia Lubuk BuangSaifullizan YahyaTunas Cipta1 November 2006
Rahsia Warna-warniSiti Rosikin SahariTunas Cipta1 November 2006
Rahsia herba CinaLee Sai FaDewan Kosmik1 March 2007
Rahsia Sains di sebalik tidurMohd Izranuddin JelaniDewan Kosmik1 February 2007
12345678910...

Kembali ke atas