Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raih] | راءيه

Definisi : tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, men­dapat­kan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk ber­dagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raih] | راءيه

Definisi : ; meraih 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ~ ikan. peraih orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raih
Kata Terbitan : meraih, peraih,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
SBPIP Raih KejayaanMohd Fakharudin MahmodDewan Siswa1 March 2009
BIO 2008 raih keuntunganMohd Khairulanuar ManshorDewan Kosmik1 August 2008
Aishah Omar raih hadiah pertamaTiadaVariasari1 October 1988
Melayu kerja keras, orang lain raih untungTiadaMilenia Muslim1 September 2007

Kembali ke atas