Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mah] | رامه

Definisi : 1. elok dan menarik budi bahasanya (ter­hadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka me­nyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemes­raan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat di­nafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mah] | رامه

Definisi : suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ramah-tamah orang BelandaSahlan Mohd. SamanDewan iswa1 December 1988
Temu Ramah bersama Penyair Pengiran Dato Seri Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. RahmanArif Karkhi AbukhudairiBAHANA1 November 2008
Suku Iban yang ramah-tamahAsmah Haji OmarDewan Masyarakat15 June 1964

Kembali ke atas