Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ca/] | رانچق

Definisi : 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampung­nya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantik­­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : Jw; merancak menetak(-netak), memenggal(-menggal), mengerat(-ngerat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : Jw; serancak seperangkat gamelan; rancakan sj alat gamelan (sj para-para yg dibuat drpd kayu utk menaruh bonang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca/] | رانچق

Definisi : 1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif: Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancak (adjektif, adv)
Bersinonim dengan aktif, giat, tangkas, cergas, pantas, ligat, laju, cepat;,
Kata Terbitan : merancakkan, kerancakan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Aktiviti baca cerpen semakin rancakAnbarasan MariappanDewan Siswa1 December 2005
Pena menari pantas di kertas, jejari rancak di papan kekunciS. Othman KelantanDewan Sastera1 August 2007

Kembali ke atas