Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.but] | ربوت

Definisi : ; ~ rampas bermacam-macam pe­rampas­an (perompakan, penyamunan); berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; ~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya; berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (mem­peroleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; berebut-rebutan, berebutan saling meng­ambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula; merebut 1. mengambil (mendapatkan, mem­­­­­­­­­peroleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat di­rebut kembali oleh pasukan kita; 3. men­dapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm per­lumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; merebutkan, memperebutkan meng­usaha­­kan sungguh-sungguh (mem­per­juangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa; rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.but] | ربوت

Definisi : ; berebut berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling (mencuba) mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,

Puisi
 

Nak rebut rebutlah selasih,
     Jangan direbut di cucur atap;
Nak rebut rebutlah kasih,
     Jangan direbut dalam dakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
RebutMohd Fizwadie Saruji @ Mohd WahiTunas Cipta1 April 2009
Rebut kuasa dalam UMNO: antara tradisi dan demokrasiAhmad Fawzi Mohd. BasriDewan Budaya1 October 1995
Peluang rebut Hadiah Esso - GapenaBaharudin C. DMastika1 August 1979
Usahawan mesti rebut peluangTiadaDewan Ekonomi1 June 1995
Ekonomi kukuh: rebut peluangTiadaDewan Ekonomi1 March 1996
Golongan muda perlu rebut peluang menjadi usahawanRahisam RamliDewan Ekonomi1 January 2009
Ng Yen Yen Rebut Jawatan Naib Presiden MCATiadaDewan Masyarakat1 October 2008
Usahawan IKS perlu rebut peluangNur Amirah FatinDewan Ekonomi1 August 1996
Usahawan bumiputera tidak mahu rebut peluang?Norlaila Mat TahirDewan Ekonomi1 August 1997
Dana RM1 bilion: Industri Kecil dan Sederhana perlu rebut peluangRusmin FadzilDewan Ekonomi1 April 1998

Kembali ke atas