Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.kod] | ريکود

Definisi : (rékod) II piring hitam: ~-~ lagu Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ men­capai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan doku­men lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catat­an orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : /rékod/ 1 hasil yg terbaik (tercepat, tertinggi dsb) dlm per­tandingan olahraga: hasil yg terbaik dlm pendapatan: Dia berjaya mencipta ~ baru dlm acara lari 400 meter. memegang ~ mencapai hasil yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi hasil terbaik yg pernah dicapai. 2 catatan yg dibuat utk diingat; keterangan yg sudah dicatat: ~ pelajaran catatan mengenai pelajaran. 3 butir-butir latar belakang seseorang: Ia mempunyai ~ yg baik. merekodkan memasukkan ke dlm rekod; mencatat: ~ hasil kerja. perekodan perbuatan atau hal merekodkan: ~ yg dilakukan dpt membantu para pengkaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : /rékod/ piring hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekod
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :catat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengapa rekod-rekod RTM tidak dijual?A. F. YDewan Sastra15 July 1972
Rekod dunia debat bahasa MelayuSyazwan Azri ZabidiPelita Bahasa1 March 2007
Rekod baharu Hong Leong BankJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 October 2008
Rekod Baca Cerpen Kavyan 96 JamGanesan DuraisamyTunas Cipta1 November 2003
Rekod cemerlang Kolej IntiTiadaDewan Siswa1 January 1997
Menuju rekod duniaArmin Azhari SalehDewan Siswa1 February 2007
10 Rekod CintaRaden SyahidDewan Sastera1 July 2006
Pengurusan rekod di MalaysiaSatinam RijalDewan Masyarakat15 December 1979
Pencapaian rekod duniaTiadaDewan Kosmik1 January 2001
LIMA 2007 rekod terbaikJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 February 2008
12

Kembali ke atas