[ré.la.tif] | ريلاتيف
Definisi : (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan: sebenarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan telah memberikan pengalaman kehidupan yg secara ~ boleh dikatakan memadai sehingga pd satu peringkat; kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ré.la.tif] | ريلاتيف
Definisi : /rélatif/ secara perbandingan: kekerapan ~ kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)