Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
ResahKemirauMingguan Wanita15 December 2006
ResahNor ShahimaTunas Cipta1 November 2006
Resah MenggulungRia AsmiraDewan Sastera1 September 2000
Resah CincinRahman ShaariDewan Sastera1 June 2001
Resah dalam DiamA.H. TuahBAHANA1 December 2007
Resah Seorang IsteriZakiah Abd GhafarMingguan Wanita13 February 2009
Resah yang DitajaSharif PuteraPerempuan1 October 2008
ResahKhairuddin IsaPerempuan1 August 2008
Resah Orang MelayuRejal ArbeeDewan Masyarakat1 May 2008
ResahWadi Leta S. A.Dewan Sastera1 November 2007
123456789

Kembali ke atas