Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ribu-ribu: Penampilan Baru Dalam Pelbagai BentukTiada PengarangDewan Budaya1 June 2000
Berapa Ribu Orang "Datuk"?Mat LetupDewan Masyarakat1 January 2009
30 Ribu Pekerja Asing BerpenyakitTiadaDewan Masyarakat1 January 2008
Sepuluh Ribu Serba BerdiriRoslizah SulaimanFamili1 September 1988
140 ribu ringgit sebagai hadiahSalmiah IsmailDewan Sastera15 December 1980
Lima ribu untuk sebuah cerpenS. JDewan Sastera15 July 1979
Lima Ribu RinggitNurry AhmyKiblat1 April 1991
Tandas RM400 ribuChairil EhsanDewan Masyarakat1 February 2007
Tujuh Putih Ribu HijabJohar BuangDewan Sastera1 May 2000
S104.5 ribu hasil maksiatNoor AzamDewan Masyarakat15 April 1979
12

Kembali ke atas