Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Maklumat Ringkas PIPPTiadaDewan Masyarakat1 February 2008
Garapan ringkas Cinta Nan SatuTiadaURTV15 July 2007
Profil Ringkas (Lihat nota)-Dewan Masyarakat1 June 2006
Butiran ringkas tentang DBP-Dewan Masyarakat1 June 2006
Uraian ringkas tentang puisi suasanaWasono, SunuHorison (Kakilangit)1 December 1997
Biodata ringkas penyumbang rencana dalam jurnal Dewan Bahasa 1986Yeop Johari YakobDewan Bahasa1 January 1987
Tinjauan ringkas perkembangan majalah-majalah berbahasa MelayuRohani Rustam, Idros SamsudinDewan Budaya1 October 1986
Pengenalan ringkas novel-novelet Melayu Singapura 1966-1995Rasiah HalilPangsura1 July 1995
Perbandingan ringkas antara idealisma kepahlawanan Sang Rajuna dan Hang TuahMohd. Ismail OthmanDewan Bahasa1 October 1966
Perbandingan ringkas cerpen zaman Jepun di Malaysia dan di IndonesiaTuan Sharif PuteraDewan Bahasa1 April 1978
12345678

Kembali ke atas