Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mit] | روميت

Definisi : Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil; merumitkan menyukarkan, menyulitkan, me­­nyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ per­­jalanan Bank Negara; kerumitan perihal rumit, kesukaran, ke­sulitan, kesusahan: ~ yg besar kpd pekedai ialah memungut hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mit] | روميت

Definisi : tidak mudah; susah; sukar; sulit: Mereka tidak dpt menyelesaikan masalah yg ~ itu. merumitkan menjadikan rumit; menyusahkan; menyukarkan. kerumitan keadaan atau hal rumit; kesukaran; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,

Peribahasa

47

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Palestin: masalah rumit di dunia ArabChe Mahzan AhmadDewan Siswa1 December 1991
"Diplomasi kebudayaan tugas rumit"Norazlinda MisranPelita Bahasa1 September 2007
Tenaga nuklear murah tetapi rumitMadzlina NordinDewan Ekonomi1 August 2008
Kurikulum sains baru yang rumitChiam Heng KengDewan Masyarakat15 February 1974
Pemindahan hati pembedahan paling rumitRubaidin SiwarDewan Siswa1 December 1984
Ramai dibuang kerja, kehidupan semakin rumitAdam ArisDewan Masyarakat1 July 1998
Seksyen 3 akta perundangan sivil: pindaannya rumit dan sukarAbdul Ghani AwangDewan Masyarakat1 January 1994
Skandal surat layang... yang aneh yang rumitZulkifli SallehDewan Masyarakat1 August 1996

Kembali ke atas