Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mus] | روموس

Definisi : 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau me­ring­­kas­kan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) me­rumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu per­kara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mus] | روموس

Definisi : , = rumusan 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. merumuskan 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu: Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. perumusan perihal (perbuatan) merumuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumus
Kata Terbitan : rumusan, merumuskan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cembungan: Sub bentuk dan rumus-rumusSaha AhmadDewan Kosmik1 July 1998
Rumus transformasi dalam fonologi: penerapannya pada bahasa MelayuZaharani AhmadJurnal Dewan Bahasa1 July 1992
Penggunaan Rumus dalam Tatabahasa Bahasa MelayuAbdul Ghalib YunusPelita Bahasa1 July 2004
Melanggar rumus ChomskyShanks, DavidJurnal Dewan Bahasa1 December 1993
Beberapa persoalan atur rumus dalam fonologi bahasa MelayuFarid M. OnnDewan Bahasa1 August 1982
Maklumat nahu dalam rumus fonologi bahasa MelayuZaharani AhmadJurnal Dewan Bahasa1 March 1993
Beberapa persoalan atur rumus dalam fonologi bahasa MelayuFarid M. OnnDewan Masyarakat1 August 1993
Konsep kelas natural dan rumus fonologi dalam fonologi generatifAwang Mataim BakarJurnal Dewan Bahasa1 May 1993
Isu percanggahan antara korpus dengan rumus di dalam kamus: peranan dan sumbangan ilmu linguistik teoretisZaharani AhmadJurnal Bahasa1 December 2005
Fonologi dialek Melayu Perak: suatu huraian atur rumusZaharani AhmadJurnal Dewan Bahasa1 June 1991

Kembali ke atas