[sa.hut] | ساهوت
Definisi : balasan (kpd panggilan atau pertanya-an), jawab: “Apa, kak?” ~ perempuan itu; bersahut berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~; bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan; menyahut 1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang; menyahuti menjawab akan, membalaskan: maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu; sahutan kata-kata utk menyahut, hasil per-buatan menyahut: ~nya kedengaran begitu lemah; penyahutan perbuatan menyahut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.hut] | ساهوت
Definisi : jawapan yg diberikan apabila ditanyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)