[sa.li.nan] | سالينن
Definisi : 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.li.nan] | سالينن
Definisi : hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)