Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pu] | ساڤو

Definisi : 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : Jw; menyapu memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : ; ~ leman sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : 1 alat drpd lidi (sabut, roman dll) yg digunakan utk membersihkan sesuatu. 2 apa-apa, spt kain buruk, yg digunakan utk mengesat atau utk membersihkan sesuatu: ~ tangan kain empat segi utk mengesat tangan dsb. bersapu 1 sudah dibersihkan dgn sapu: Halaman rumahnya tidak pernah ~. 2 sudah dilumas (dgn): Ibunya menyediakan secawan kopi serta dua keping roti ~ mentega. menyapu 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. menyapukan 1 menyapu utk orang lain. 2 menyapu dgn; memakai sesuatu utk menyapu; melumaskan: ~ jem pd roti. sapuan hal menyapu; hasil drpd menyapu. penyapu alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laut,
     Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
     Sambut dengan tiada balasnya.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sapu Tangan Jatuh ke Laut (Siri Lima Belas)Nisah HaronANIQAH1 May 2007
Sapu Tangan BurukAhmad Safarman DollahTunas Cipta1 July 2005
Sapu Tangan SuteraTongkat WarantMastika1 September 1949
Sapu TanganA. Latiff MohidinDewan Sastera1 November 1988
Tukang SapuMohammad Reza Mohammad NikooDewan Sastera1 October 2002
Sehelai sapu tangan biruTiadaRemaja15 December 2003
Sehelai Sapu TanganMohd. Zulkifli Mohd. NoorDewan Siswa1 February 1984
Tukang SapuAbidin, IhkwanMutiara8 April 1986
Secantik Sapu TanganmuJamaludin D.Mingguan Wanita27 May 2005
Berilah Pinjam Sapu TanganJ. M. AzizDewan Sastera1 May 1998
12

Kembali ke atas