Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keĀ­boleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sayap-sayap PatahIsma Re FathaniMajalah I1 February 2008
Sayap-sayap mengembangJamil, Taufik IkramDewan Sastera1 November 1991
Banyak kumbang menulis sayap-sayap getar kalbuRahman, Jamal D.Horison1 December 2006
Sayap Bersayaplah Si Burung MayaAzmi YusoffMastika1 September 1976
Sayap berbentuk cincinTiadaDewan Siswa1 March 1986
Sayap Yang PatahAbdullah HussainDewan Sastera15 November 1978
Sayap Bilah-lidiA. Latiff MohidinDewan Sastera15 December 1979
Sayap MimpiI. D. ZurinDewan Sastera1 December 1991
Sayap EraLim Swee TinDewan Budaya1 October 1995
Rawatlah sayap yang patah [Ulasan teater Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail]Siti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 August 2005
1234

Kembali ke atas